Cerita ArtisHiburan

“Dah Macam Duduk Dekat Negara Yahudi” – Fezrul Khan Selar Bil Elektrik Tinggi

Sejak kebelakangan ini, terdapat ramai pengguna yang mengeluh apabila menerima bil elektrik masing-masing dengan jumlah bayaran yang agak tinggi.

Perkara tersebut turut dialami oleh pelakon Fezrul Khan yang berkongsi di laman sosial Instagram miliknya dengan memuat naik bil elektrik yang diterima.

“RM 1943.50 memang patuh duduk di rumah jadi elektrik lagi banyak la kita pakai. Dah macam duduk dekat negara yahudi macam ni harga @tenaga_nasional.

“Syabas bayar memang kene bayar sikit-sikit tapi harga tu fuiyooo memang buat duit betul TNB tepuk sikit diskaun 2% je hahaha gurau ke? (korang nampak tak bill semasa?) kalau dah kerja semua bawak ke rumah memang naik la bill lagi banyak letrik pakai lagi sikit diskaun 2% kelakar sangat ni, lagi kurang letrik pakai diskaun sampai 50%,” luahnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat pelakon berkenaan turut berkongsi isu yang sama. Malah, ada yang mendapat bil elektrik kedai berjumlah RM600, meskipun hanya beberapa kali singgah di kedai kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – KopiPlanet.com

Kredit Gambar: Instagram Fezrul Khan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button