• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Dakwaan Hubungan Dingin, Priyanka Chopra Tetap Pertahan Meghan Markle

Pelakon Bollywood yang kini mencipta nama di Hollywood, Priyanka Chopra diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Meghan Markle serta menjadi antara tetamu istimewa ketika majlis perkahwinan Meghan dan Putera Harry pada tahun lalu.

Bagaimanapun, kini terdapat khabar angin yang mengatakan hubungan mereka kini dingin. Ia bermula apabila Meghan tidak kelihatan semasa acara pernikahan Priyanka dan Nick Jonas. Malah, Priyanka juga tidak kelihatan semasa majlis baby shower Meghan yang berlangsung di New York pada Februari lalu.

Namun begitu, Priyanka baru-baru ini telah mempertahankan rakannya itu saat Meghan dikritik dan dikatakan tidak sesuai dengan kehidupan tradisi kerajaan Inggeris serta turut dibangkitkan isu rasis.

Priyanka menegaskan bahawa kritikan yang ditujukan kepada Duchess Of Sussex itu tidak berasas dan komen negatif yang dilemparkan itu adalah daripada mereka yang tidak dapat menerima seorang wanita berdarah campuran sebagai sebahagian daripada keluarga diraja Inggeris.

“Sudah tentu 100 peratus kritikan yang dilemparkan itu berkaitan dengan isu rasis dan itu merupakan punca yang jelas sekarang ini.

“Namun, Meghan tetap menjadi dirinya sendiri dalam melalui semuanya,” ujar Priyanka sambil memuji sikap Meghan yang kelihatan tenang berhadapan dengan situasi berkenaan.

Menurut pelakon itu lagi, dia melihat Meghan masih lagi menjadi dirinya yang sama ketika bergelar pelakon dan sesudah menjadi seorang anggota keluarga diraja.

“Memang ramai yang mengenalinya setelah dia mendirikan rumah tangga dengan Harry, tetapi aku mengenalinya sebelum itu lagi dan dia tetap wanita yang sama,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend