Cerita ArtisHiburan

Dalimawati Sahut Cabaran Berlakon Teater Muzikal Hantu Kak Limah

Pelakon Dalimawati Ismail menyahut cabaran untuk dirinya sendiri apabila bersetuju untuk membintangi teater muzikal Hantu Kak Limah (HKL).

Dalimawti berkata, sepanjang berkecimpung dalam industri hiburan selama 30 tahun, ini kali pertama dia berpeluang untuk berlakon dalam sebuah pementasan teater.

“Pada mulanya saya agak terkejut dengan tawaran yang diberikan sebab tak pernah berlakon teater. Namun, akhirnya saya fikir peluang sebegini tidak harus dilepaskan.

“Saya terima tawaran ini semata-mata mahu cabar diri sama ada mampu berlakon teater atau tidak dan terpulang pada penonton untuk memberikan penilaian,” ujarnya.

Dalimawati berkata demikian ditemui semasa majlis pelancaran Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus dan Pementasan Teater Muzikal HKL yang berlangsung semalam.

Teater Muzikal Hantu Kak Limah bakal berlangsung di Filem Animasi Park Studios (MAPS) Ipoh, Perak pada 24 hingga 31 Disember ini sempena cuti sekolah.

Selain mahu menyahut cabaran, Dalimawati juga menyatakan dia bersetuju untuk membintangi teater muzikal berkenaan kerana sebagai sokongan kepada negeri kelahirannya iaitu Perak.

“Memandangkan teater muzikal HKL ini adalah anjuran MAPS, maka sebagai anak kelahiran Perak sudah tentu saya wajar memberikan sepenuh sokongan,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah MAPS, Ramelle Ramli berkata, idea untuk menganjurkan teater muzikal ini setelah dia sendiri berbincang dengan Mamat Khalid.

“Ketika itu pihak kami merancang untuk membuat tayangan HKL bersama kakitangan MAPS. Kemudian kami usulkan kepada Mamat Khalid untuk membuat teater muzikal HKL.

“Dalam perbincangan itu kami beritahu pihak MAPS akan menjalinkan kolaborasi bersama-sama dan akhirnya beliau memberikan persetujuan,” jelasnya.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan aktiviti yang berlangsung di MAPS sempena cuti sekolah boleh melayari laman web www.mapsperak.com atau facebook page www.facebook.com/mapsperak. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button