Cerita ArtisHiburan

Dapat Kongsi Satu Pentas Dengan Tok Ti, Irene Catalina Anggap Ia Rezeki… Nafi Cuba Tumpang Populariti

Sejak membuat kemunculan semula dalam industri muzik sekitar September tahun lalu, penyanyi Irene Catalina semakin mendapat perhatian dan menjadi bualan netizen.

Pada Sabtu lalu, kemunculan Irene membuat persembahan di acara The Music Run by AFFIN bertempat di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil dipertikai segelintir netizen yang tidak mengenalinya.

“Saya ada terbaca komen-komen netizen yang bertanya siapa saya dan mempertikai kenapa saya membuat persembahan di acara ini. Tidak mengapa, saya memilih untuk kekal tenang dan fokus pada perkara-perkara yang lebih positif.

“Sebenarnya bukan sekadar komen yang orang ramai boleh lihat, saya ada juga terima beberapa mesej yang dihantar secara peribadi (DM). Beberapa orang tanya siapa saya dan cakap saya cuba tumpang populariti Dato’ Sri Siti Nurhaliza memandangkan Tok Ti pun membuat persembahan pada acara yang sama.

“Tak mengapa, saya harap mereka yang berkata begitu lebih terbuka hati untuk menerima saya dan menghargai usaha saya untuk berkongsi bakat kepada semua,” katanya.

Apapun, Irene menghargai peluang untuk membuat persembahan di acara berkenaan dan meganggap ia kurniaan rezeki daripada Tuhan.

“Saya percaya pada rezeki yang Allah SWT kurniakan, saya rasa bertuah kerana dapat berkongsi pentas dengan artis-artis bernama besar yang lain terutamanya Tok Ti. Ia membuatkan saya rasa lebih bersemangat untuk terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Ketika The Music Run by AFFIN, Irene mempersembahkan tiga buah lagu iaitu Golden (Huntrix), Mau Apa Lagi (lagunya sendiri) dan Tabola Bale (Silet Open Up).

“Sejujurnya saya memang gementar sebelum membuat persembahan tetapi saya hanya melakukan yang terbaik. Dulu sewaktu masih bersama kumpulan Angels, pernah juga terlibat membuat persembahan di acara-acara besar.

“Namun begitu, sejak melancarkan lagu Mahu Apa Lagi tahun lalu, ini adalah kali pertama saya terlibat membuat persembahan di acara besar seperti ini,” katanya yang kini bergerak solo.

Dalam perkembangan lain, Irene kini sedang dalam proses mengumpul material untuk penghasilan lagu terbaharunya selain memenuhi beberapa undangan persembahan korporat sekitar ibu kota. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button