Cerita ArtisHiburan

Datuk Seri Vida Dedah Cik B Luah Keinginan Untuk Masuk Sekolah Tahfiz Wanita

Usahawan dan selebriti popular, Datuk Seri Vida mendedahkan bahawa anaknya, Cik B ada meluahkan keinginan untuk masuk sekolah tahfiz.

Beliau berkata, dia sendiri tidak menyangka Cik B mempunyai keinginan tersebut dan tidak menghalang pilihan anaknya itu.

“Cik B pernah cakap kepada saya dia nak masuk sekolah tahfiz, Kalau ada sekolah tahfiz wanita dia memang nak masuk. Saya sendiri tidak sangka dia ada keinginan tersebut.

“Mengenai persekolahannya pula, buat masa ini dia masih bersekolah seperti biasa, cuma dałam keadaan Covid-19 sekarang ini, dia jarang pergi sekolah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media secara virtual pelancaran lagu It’s Raya Baby yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Datuk Seri Vida, dia juga mempunyai perancangan untuk menghantar anaknya menyambung pelajaran ke luar negara.

Jelas beliau, dia mahu anaknya itu menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Komputer.

“Kalau boleh saya memang nak hantar Cik B belajar ke luar negara, malah dia menyatakan minat untuk sambung belajar di Amerika Syarikat.

“Bagaimanapun, ini semua adalah dalam perancangan dan saya akan menyokong apa sahaja yang dia inginkan,” ujarnya.

Sementera itu, Cik B pula mengakui pelajarannya sedikit terganggu sejak aktif dalam bidang seni sebagai dan penyanyi.

Menurut Cik B, ini berikutan dia terpaksa berulang-alik antara Ipoh dan Kuala Lumpur setiap minggu.

“Tidak dinafikan memamg pelajaran saya terganggu memandangkan banyak job dibuat di Kuala Lumpur.

“Namun begitu, saya akan cuba berusaha untuk catch up kembali setiap pelajaran yang tertinggal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Cik B memberitahu dia kini baru sahaja muncul dengan sebuah lagu raya baharu berjudul It’s Raya Baby menerusi duetnya bersama Chubb-E.

Jelas Cik B, lagu raya berkenaan agak unik dan berbeza memandangkan ia menerapkan elemen hip hop dan pop serta seiring dengan trend masa kini

“Sudah tentu saya meletakkan harapan agar orang ramai dapat menerima lagu ini dan berasa terhibur,” ujarnya.

It’s Raya Baby merupakan hasil ciptaan Cat Farish, Tiga Caliber (UNJI, NEWELL & FABLO) dan Chubb-E. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button