AntarabangsaBollywood

Deepika Padukone Sertai Agensi Pengurusan Artis Di Hollywood, Lebar Sayap Ke Luar Negara

Dalam usaha untuk melebarkan sayapnya ke luar negara, pelakon Deepika Padukone telah bergabung dengan sebuah agensi pengurusan artis di Hollywood iaitu ICM.

Seperti diketahui umum, terdapat beberapa artis yang berada di bawah pengurusan ICM seperti John Cena, Ellen DeGeneres, Vince Gilligan, Samuel L. Jackson, Michael Keaton, Chris Rock, Patrick Stewart, John Travolta dan Christoph Waltz.

Sebenarnya, pelakon berusia 35 tahun itu sudah memulakan karier di Hollywood menerusi debutnya dalam filem xXx: Return of Xander Cage, yang dibintangi Vin Diesel. Namun setelah filem berkenaan isteri kepada aktor Ranveer Singh ini belum meraih sebarang projek di sana.

Dalam sebuah wawancara dengan Hindustan Times, Deepika mengaku tidak pernah membezakan filem Bollywood atau Hollywood dan setiap watak yang diberikan akan dilakukan dengan sebaiknya.

“Saya tidak melihat atau memilih sama ada filem India atau luar negara, tetapi ia sebagai medium tempat saya dapat mengekspresikan diri. Jika peluang itu dari luar India, bagus.

“Atau jika tawaran dari luar Amerika Syarikat, saya tidak ada masalah dan ia merupakan perkara yang menyenangkan,” katanya.

Menurut Deepika, dia menerima tawaran berlakon xXx: Return of Xander Cage kerana watak yang dilakonkannya cukup luar biasa.

Sementara itu, di Bollywood sendiri dia ketika ini memiliki jadual yang sangat padat.

Dia akan terlibat dalam filem garapan Shakun Batra yang belum diberi judul. Selain Deepika, filem berkenaan juga akan dibintangi Ananya Panday dan Siddhant Chaturvedi.

Selain itu, dia akan membintangi filem Pathan dan bergandin dengan Shah Rukh Khan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button