• FOLLOW US
Event, Hiburan

Def Jam Bergabung Dengan Era Cari Bakat Baharu Hip Hop

Kebangkitan muzik hip hop semakin diperkatakan lebih-lebih lagi selepas lagu Bangun nyanyian rapper Aman Ra berjaya diangkat sebagai naib juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-34 yang berlangsung pada 9 Februari lalu.

Bagi mengembangkan lagi arena hip hop dalam industri muzik Malaysia, Universal Music Malaysia dan syarikat rakaman hip hop terkenal, Def Jam Malaysia bekerjasama dengan radio Era melancarkan kempen pencarian bakat baharu hip hop Malaysia menerusi #RAPSTARERA.

Pemenang kempen itu akan berpeluang merakamkan single bersama Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia.

Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara, Joe Flizzow berkata, kerjasama itu satu langkah untuk menggali lebih ramai lagi bakat baharu muzik hip hop yang mempunyai potensi untuk berkembang maju dalam industri hiburan tempatan.

“Kita boleh lihat kejayaan lagu-lagu Hip Hop pada masa kini menguasai radio dan pelantar digital. Malah nama rapper dan penerbit Hip Hop tempatan juga sudah tidak asing lagi di arena muzik arus perdana Malaysia. Ini merupakan salah satu petanda bahawa arena Hip Hop di Malaysia boleh dikembangkan lagi dan inilah yang menjadi inspirasi kepada #RAPSTARERA.

“Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan jenama radio nombor satu di Malaysia iaitu ERA dalam mencari bakat bakat baharu yang boleh diketengahkan sekaligus boleh mewarnai arena Hip Hop di Malaysia,” katanya.

Mengulas mengenai kerjasama strategik itu, Pengurus Kandungan Era, Erman Zaki menjelaskan, “Kami percaya kerjasama erat antara jenama radio dan syarikat rakaman boleh menggalakkan lagi pertubuhan industri muzik Malaysia. Platform #RAPSTARERA disediakan bagi mengetengahkan bakat-bakat baharu yang bakal memeriahkan lagi industri muzik Malaysia.”

Pencarian #RAPSTARERA berlangsung dari 10 sehingga 20 Februari ini. Penyertaan akan dinilai oleh juri terpilih dari Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.era.je/special/rapstar. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend