EventHiburan

Dekatkan Jarak Kita Drama Pilihan Anugerah DFKL 2018

Dekatkan Jarak Kita yang diterbitkan JS Pictures Sdn Bhd diangkat sebagai Drama Pilihan menerusi anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.

Pengarah Pilihan pula dimenangi pengarah drama Titian Cinta, Heykal Hanifah.

Heykal menafikan populariti pelakon utamanya, Zul Ariffin menjadi satu-satunya faktor yang mengangkat drama arahannya itu menjadi fenomena.

“Percubaan menyatukan pelakon popular dan pelakon baharu nampaknya berhasil kerana drama ini mengembalikan semula fenomena drama Melayu.

“Kemenangan saya ini adalah berlandaskan kepada kerjasama semua pihak yang terlibat dalam Titian Cinta. Semua main peranan masing-masing dalam drama ini,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Anugerah yang sudah memasuki tahun kelima itu turut menobatkan Zul Ariffin dan Janna Nick sebagai Aktor dan Aktres Pilihan.

Manakala, gandingan serasi Syafiq Kyle dan Ayda Jebat menerusi Dekatkan Jarak Kita membuatkan mereka berjaya meraih trofi Pasangan Pilihan.

Bertemakan Pop Art, DFKL 2018 dihoskan oleh Ajak Shiro dan Nabila Huda.

Anugerah ini turut dihiburkan dengan persembahan dari Ernie Zakri, Syamel, Azlan Typewriter, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Janna Nick dan Ayda Jebat.

Kesemua pemenang ditentukan menerusi undian penonton melalui laman web www.dfkl.com.my yang dibuka sejak Februari lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button