Cerita ArtisHiburan

Dikaitkan Dengan Nama Parti Politik, Siti Sarah Terpaksa Ubah Tajuk Lagu

Penyanyi Siti Sarah menyatakan dia terpaksa mengubah tajuk single baharunya, Dap Dap Dap yang telah dilancarkan baru-baru ini kepada Manis.

Siti Sarah berkata, dia mengambil keputusan untuk mengubah tajuk berkenaan bagi mengelakkan salah faham segelintir netizen.

“Apabila ada netizen yang mengatakan lagu ini dikaitkan dengan nama sebuah parti politik. Saya tidak mahu mengambil sebarang risiko tentang perkara tersebut dan ambil inisiatif untuk menukar tajuknya.

“Jadi, sekarang ini banyak kerja yang perlu dilakukan termasuk menarik semula lagu berkenaan di semua platform digital termasuk YouTube dan hasilkan yang baru,” ujarnya.

Menurut Siti Sarah, apabila lagu berkenaan ditarik semula ia telah menimbulkan tanda tanya segelintir netizen yang tidak dapat mendengarnya.

Ujarnya, sepanjang pengalaman bergelar seorang penyanyi, ini merupakan perkara paling pelik tapi benar yang terpaksa dilaluinya dan tidak menyangka ia boleh terjadi kepada dirinya.

“Sebenarnya saya sendiri langsung tidak menduga apabila tajuk Dap Dap Dap itu dipilih, ia akan menimbulkan sebarang isu atau kontroversi.

“Tidak sangka pula akan ada netizen yang beranggapan ia satu perkara sensitif. Bagaimanapun, pengajaran yang paling penting adalah saya perlu lebih berhati-hati dengan apa yang ingin dilakukan,” jelasnya.

Menurutnya, untuk lagu berkenaan hanya tajuk sahaja yang telah diubah, manakala lirik lagu pula masih kekal seperti biasa. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button