• FOLLOW US
Gaya Hidup

Dimsum Perkenal Ciri e-Dagang Watch & Shop Pada Telefon Pintar

Penyedia kandungan video-on-demand (VOD) dimsum memperkenalkan ciri e-dagang terbaharu, dimsum Watch & Shop untuk pelanggan di Malaysia. Berkolaborasi dengan platform e-dagang Shopee, pengenalan ini sekaligus menjadikan dimsum sebagai penyedia VOD tempatan pertama yang menyediakan ciri tersebut pada pelantar aplikasi telefon pintar.

Menerusi dimsum Watch & Shop, pelanggan boleh membeli-belah pelbagai barangan berdasarkan rancangan yang ditonton. Antaranya termasuklah barangan Kecantikan, Kesihatan, Fesyen, Perkakasan Rumah dan Gaya Hidup, Elektronik, Peranti Pintar dan Gajet serta lain-lain produk. Ciri istimewa ini boleh diakses melalui aplikasi dimsum di semua telefon pintar dan proses pembelian akan dilengkapkan di Shopee.

Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim berkata, “Kami melihat trend terkini dalam kalangan penonton yang suka meniru gaya para pelakon yang membintangi sesebuah drama. Justeru, kami sangat teruja untuk merealisasikan trend tersebut menerusi dimsum Watch & Shop, yang membolehkan pelanggan mencari produk yang mirip dengan apa yang dilihat menerusi drama. Secara tidak langsung, ia menjadikan pengalaman beli-belah pelanggan menjadi lebih mudah.”

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee pula berkata, “Kami berasa sangat teruja kerana dapat memperkenalkan pengalaman membeli-belah yang baharu kepada rakyat Malaysia. Kerjasama bersama dimsum ini akan membolehkan pelanggan untuk mencari dan membeli produk yang sama atau seumpama dengan produk yang ditayangkan di rancangan. Kami berharap agar dapat memberi lebih banyak tawaran menarik dan promosi yang sukar ditandingi kepada pembeli kami terutamanya pada tempoh Shopee 12.12 Birthday Sale ini.”

Produk-produk yang tersedia pada platform e-dagang dimsum Watch & Shop ini dipilih bersesuaian mengikut drama bersiri popular dimsum. Antara sembilan judul drama bersiri yang dipilih termasuklah My Ambulance, Boy For Rent, Endless Love, Sand Princess, Mr. Fighting, Love Under The Moon, All Is Well (Taiwan), All Is Well (Singapura) dan Men of Vengeance 2019.

Bermula 5 hingga 15 Disember 2019, para pelanggan dapat menikmati potongan harga RM10 dengan setiap pembelian minimum RM35 apabila membeli-belah di dimsum Watch & Shop, dengan menggunakan kod promo DIMSUM1212.

dimsum kini boleh distrim di Malaysia, Brunei serta Singapura, dan boleh diakses melalui aplikasi web, peranti pintar mudah alih dan TV. Untuk maklumat lanjut, lawati dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum (facebook.com/dimsum.asia) atau Instagram (@dimsumasia). – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend