AntarabangsaKpop

Doyoung NCT Tolak Permintaan Seorang Peminat Mahu Dipanggi ‘Noona’

Baru-baru ini penyanyi Doyoung NCT telah membuat siaran secara live Instagram untuk berkomunikasi dengan peminat-peminatnya.

Sepanjang bersiaran, dia telah meluangkan masa bersama peminat yang digelar NCTzen dan menjawab semua persoalan yang diajukan.

Bagaimanapun, terdapat seorang peminat yang membuat permintaan supaya dirinya dipanggil ‘Noona’ oleh Doyoung sebagai hadiah Hari Krismas untuknya.

“Oppa… saya lahir pada tahun 2007, tetapi tolong panggil saya ‘noona. Ini adalah permintaan saya sempena Krismas,” tulisnya.

Seperti diketahui umum, ‘noona’ adalah perkataan dalam bahasa Korea yang digunakan untuk memanggil wanita dengan cara yang lebih mesra oleh lelaki yang lebih muda.

Apabila membaca permintaan tersebut, penyanyi berkenaan telah mempersoalkan adakah wajar memandangkan dia jauh lebih tua daripada peminat itu.

“Apa? 2007? 14 tahun? Apakah mereka yang lahir pada tahun 2007 sudah berusia 14 tahun? Tetapi aku lahir pada tahun 1996,” ujar penyanyi yang kini berusia 24 tahun itu.

Lebih menarik lagi, penyanyi itu dengan tegas telah menolak permintaan peminat tersebut.

“Adakah kamu mahu saya memanggilmu dengan panggilan ‘noona’? Maaf,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button