• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Drama Nur 2 Buka Peluang Azar Azmi Terjun Ke Pentas Teater

Pelakon yang semakin meningkat naik, Azar Azmi mengakui drama rantaian Nur 2 yang mengangkat namanya sebelum ini telah membuka ruang untuk dirinya terjun ke pentas teater.

Azar berkata, ketika ditawarkan oleh pengarah Eirma Fatima untuk berlakon dalam teater Pawana Isabella, dia seakan-akan tidak percaya dengan tawaran berkenaan.

“Apa yang saya tahu, antara sebab utama saya dipilih apabila pihak Istana Budaya melihat watak saya sebagai Juita dalam drama drama Nur 2.

“Ketika saya diberitahu oleh pengurus tentang tawaran ini, saya seakan-akan tidak dapat berkata-kata sehinggalah saya bersetuju menerimanya,” ujar pelakon berkenaan yang akan membawakan watak sebagai Permaisuri Tishakur.

Azar berkata demkian ketika ditemui semasa majlis pelancaran teater Pawana Isabella yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.

Selain Azar, antara yang turut membintangi teater yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 21 hingga 31 Ogos ini seperti Janna Nick dan Syafiq Kyle.

Sementara itu, pelakon itu menyatakan antara sebab utama dia menerima tawaran berkenaan adalah disebabkan mahu mencuba sesuatu yang baharu buat dirinya.

“Saya terima berlakon teater Pawana Isabella ini kerana Eirma Fatima dan teater. Ada yang cakap ilmu-ilmu berlakon teater tidak sama seperti berlakon drama.

“Jadi, saya mahu ambil kesempatan untuk menimba seberapa banyak ilmu-ilmu itu dan pastiya ia satu peluang yang tidak harus dilepaskan sama sekali,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Azar Azmi

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend