• FOLLOW US
Event, Hiburan

Eiffel Muncul Juara Konsert Finale Ceria Megastar Ministar 2019

Setelah 10 minggu bersaing peserta kelahiran Sabah, Eiffel Paul Pailus akhirnya telah dinobatkan sebagai juara Ceria Megastar Ministar 2019 yang berlangsung semalam.

Peserta berusia 13 tahun itu berjaya menewaskan tiga lagi peserta yang layak bersaing di peringkat akhir iaitu Muhammad Aliff Idham (Aliff), Qasrina Putri Adrianna Abdullah (Putri) dan Feli Stacy Paimin (Cici).

“Sudah tentu saya rasa bangga dan berpuas hati apabila berjaya dinobatkan sebagai juara, termasuk persembahan yang ditampilkan pada malam ini.

“Saya sedar bukan mudah sebenarnya untuk muncul sebagai pemenang memandangkan aksi sengit yang turut ditampilkan oleh semua peserta,” ujarnya.

Dalam aksi yang berlangsung, Eiffel tampil menerusi persembahan bertenaga menerusi lagu Talking To The Moon (Bruno Mars) dan Bohemian Rhapsody (Queen) pada pusingan awal.

Bagi pusingan seterusnya iaitu ‘battle’ pula, Eiffel beradu dengan seorang lagi peserta iaitu Cici setelah kedua-duanya mendapat markah tertinggi menerusi undian juri dan secara dalam talian.

Pada persembahan battle menerusi lagu Drama (Drama Band), ternyata aksi Eiffel lebih memikat hati juri sehigga dinobatkan sebagai juara.

Salah seorang juri tetap, Datuk Aznil Nawawi pula melihat kesemua peserta yang bertanding telah memberikan persembahan yang terbaik pada acara kemuncak.

“Saya sama sekali tidak menyangka dengan aksi yang ditampilkan mereka dan melihat kesemuanya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk sebuah persembahan membanggakan.

“Mengenai keputusan pula, semua pihak harus sedar bahawa semua permakahan yang dibuat adalah berdasarkan 70 peratus juri dan 30 peratus undian orang ramai secara dalam talian,” ujarnya.

Dengan kemenangan tersebut, Eiffel berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi, manakala Cici yang muncul naib juara serta Aliff pemenang tempat ketiga pula membawa pulang RM10,000 berserta trofi.

Selain Aznil dan Zizan Razak dipilih sebagai juri tetap bagi pertandingan berkenaan, Mas Idayu pula menjadi juri jemputan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend