Cerita ArtisHiburan

Eizlan Yusof Kesal Kenyataan Polis Anaknya Tidak Terlibat Kemalangan

Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dikeluarkan polis berkenaan anaknya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 11 Julai lalu.

Eizlan berkata, dia kecewa dengan kenyataan seorang pegawai polis yang menyatakan anaknya dikatakan tidak terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Mesej telah disampaikan kepada masyarakat bahawa anak saya terlibat dalam kemalangan jalan raya, tetapi apabila ia dinafikan ia telah memberi implikasi yang tidak elok.

“Jadi saya ingin meminta penjelasan polis serta mahu mereka membuat permohonan maaf atas kenyataan yang dikeluarkan,” jelasnya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Menurut Eizlan, pihaknya mempunyai segala bukti yang menunjukkan anaknya memang terlibat seperti gambar di lokasi kemalangan dan hospital serta laporan perubatan daripada doktor yang membuktikan anaknya memang terlibat dengan kemalangan tersebut.

Sehubungan itu, pelakon tersebut memberikan tempoh sehingga hujung bulan ini (31 Julai) untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat permohonan maaf.

“Ini adalah keadilan untuk Zareef dan semua yang terlibat. Ia juga memalukan saya, anak dan keluarga saya.

“Saya tidak mahu panjang lebar dan akan beri peluang hingga hujung bulan ini untuk mereka jelaskan kenapa menafikan anak saya terlibat,” tegasnya.

Menurutnya, jika tiada sebarang tindakan atau kenyataan dibuat, dia akan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button