• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Elak Kebosanan, Deepika Padukone Habiskan Masa Kemas Dapur

Sepanjang tempoh lokcdown yang berlaku di India, ternyata pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan sepanjang berada di kediaman masing-masing.

Misalnya, aktres terkenal Bollywood, Deepika Padukone dilihat lebih banyak menghabiskan masa untuk mengemas dapurnya bagi mengelakkan kebosanan.

Lebih menarik lagi, dia juga turut membuat dan menampal label bagi setiap rempah ratus dan barangan makanan di dapurnya itu.

Berkongsi menerusi laman Instagramnya, Deepika berkongsi gambar label-label rempah ratus yang tertulis seperti Poha, Besan, Rajma, Red Chana dan Red Masoor Dal.

Pasa masa sama, pelakon berkenaan juga menyatakan apa yang dilakukannya itu ada diinspirasi daripada seorang selebriti terkenal Jepun, Marie Kondo yang cukup popular menerusi rancangan Tidying Up With Marie Kondo. – KopiPlanet.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend