Cerita ArtisHiburan

Elak Lagu Sedih, Bob Yusof Kini Muncul Single Dan Hari Ini

Tiga tahun tidak muncul dengan sebarang single, kini Bob Yusof tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Dan Hari ini.

Bob berkata, sepanjang tempoh tersebut, dia banyak menerima lagu untuk dihasilkan memandangkan tiada lagu yang dirasakan bersesuaian dengan dirinya.

“Memamg banyak lagu yang saya dapat, tetapi kebanyakannya mesti bertemakan sedih, patah hati dan putus cinta dan seboleh-bolehnya saya nak elak lagu-lagu sebegitu buat masa sekarang.

“Buat masa ini, saya lebih gemarkan lagu yang mempunyai mood happy, tentang kebahagiaan dan sesuai dinyanyikan untuk majlis perkahwinan,” jelasnya.

Bob berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran single Dan Hari Ini yang berlangsung baru-baru ini.

Lagu berkenaan dihasilkan oleh komposer terkenal Sharon Paul dan Hanz Guo Hang, manakala liriknya pula adalah hasil nukilan Iman Imran.

Bercerita tentang pembikinan lagu terbaharunya itu, Bob menyatakan agak sukar untuk mendapatkan lagu yang bersesuaian serta mengikut trend terkini.

Menurutnya, ketika dia diberikan lagu berkenaan oleh Sharon sebelum Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34), dia lantak tertarik dengan melodi lagu berkenaan.

“Biasanya kalau saya diberikan sesebuah lagu, saya akan dengar berulang-ulang kali untuk merasakan sama ada lagu tersebut sesuai atau tidak dengan saya.

“Bagaimanapun, untuk lagu Dan Hari Ini, saya hanya dengar sekali sahaja dan terus beritahu Sharon yang saya mahu merakamkan lagu tersebut,” ujarnya.

Menariknya, lirik video Dan Hari Aini juga sudah dilancarkan sejak 28 Februari lalu dan boleh ditonton melalui saliran YouTube INDIGITAL MUSIC.

Lagu ini juga boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Joox dan Deezer. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button