• FOLLOW US
Event, Hiburan

Ella, Hujan, Bunkface Bakal Gegarkan Konsert Hausboom Music 2019

Ratu rock negara, Ella bersama tujuh lagi band terkemuka tanah air bakal menghangatkan Konsert Hausboom Music 2019 pada 10 November ini di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan.

Band terkenal yang terdiri daripada pelbagai genre muzik seperti hip hop, rock, reggae serta ska itu membariskan Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang.

Penganjurnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi berkata, konsert berskala besar yang julung kali diadakan itu diharapkan dapat menarik seramai mungkin rakyat Malaysia terutama golongan muda yang menantikan gabungan unik itu.

“Hampir setiap tahun kami menganjurkan konsert, cuma kali ini ia akan berlangsung dengan kapasiti yang lebih besar dan meriah. Apa yang pasti, gabungan ini sememangnya ditunggu-tunggu ramai selepas kami mengambil kira setiap maklum balas peminat dan pencipta muzik yang menginginkan artis kegemaran mereka bersatu di atas satu pentas.

“Pihak kami amat teruja apabila gabungan ini dapat disatukan. Kami percaya konsert ini akan mencetuskan fenomena tersendiri sekali gus mencatat sejarah indah dalam diri setiap penonton yang hadir nanti. Justeru pihak kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama hadir dan menyokong industri seni muzik tempatan. Siapa lagi akan menyokong bakat seni tempatan jika bukan rakyat Malaysia sendiri,” katanya.

Menurut Azri, dia yakin konsert yang unik ini akan mampu menarik lebih daripada 7000 penonton.

“Acara yang mampu memuatkan 7,000 penonton itu bakal dimeriahkan dengan persembahan demi persembahan selama tujuh jam sekali gus membuatkan penonton terujadengan seleksi lagu yang dipersembahkan nanti.

“Siapa yang tidak kenal Hujan, Ella, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang? Mereka ini semua mempunyai bakat yang luar biasa dan jumlah kelompok peminat yang sangat ramai.

“Pihak kami jamin konsert ini akan menghidangkan lagu-lagu popular yang akan membuatkan dewan MIECC bergema dengan suara lautan peminat yang turut sama menyanyi. Pihak kami menjual tiket pada harga yang cukup berpatutan agar semua dapat hadir menonton aksi live penyanyi kegemaran masing-masing,” katanya.

Harga jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone).

Tiket akan dibuka untuk jualan hanya melalui aplikasi TicketApps bermula Jumaat ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend