• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Emelda Rosmila Tuntut Ganti Rugi Lebih RM1 Juta Terhadap Zarina Anjoulie

Pelakon Emelda Rosmila telah mengambil tindakan dengan memfailkan Pernyataan Pembelaan terhadap Saman dan Pernyataan Tuntutan oleh Zarina Anjoulie. Pembelaan telah difailkan oleh Peguamcara Emelda dari Tetuan The Law Chambers of Fauzi & Nasser.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, menerusi Pernyataan Pembelaan tersebut, pelakon itu telah menafikan bahawa dirinya terlibat mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah terhadap Zarina Anjoulie melalui aplikasi Telegram di dalam kumpulan Covid-19 Persatuan Seniman. Selanjutnya beliau juga menafikan bahawa hantaran di aplikasi ‘instagram’ milik beliau merupakan fitnah kepada pelakon itu.

Selain itu, Emelda Rosmila juga telah memfailkan satu Saman dan Pernyataan Tuntutan Balas terhadap Zarina Anjoulie yang telah secara terang memfitnah beliau secara rakaman video di aplikasi Facebook.

Di dalam hantaran video tersebut, Zarina secara terang telah merujuk kepada Emelda Rosmila sebagai batu api, menindas secara halus serta menyatakan Emelda Rosmila berniat untuk mengenakan Zarina Anjoulie dan juga Emelda Rosmila telah menghina orang awam.

Dakwaan berkenaan jelas berniat jahat dan mendorong serta mencipta sangkaan buruk orang awam terhadap Emelda Rosmila. Zarina Anjoulie juga telah mengajak orang awam untuk menyerang dan membuat laporan ke atas laman Instagram yang dikelolakan oleh Emelda Rosmila bagi tujuan yang tidak dapat difahami oleh Emelda Rosmila.

Sehubungan itu, Emelda telah memfailkan Saman dan Tuntutan Balas Fitnah terhadap Zarina serta Saman dan Tuntutan Balas tersebut telah diserahkan kepada Peguamcara Zarina Anjoulie pada 9 Jun lalu.

Emelda bertindak dengan menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta merangkumi ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang Zarina atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah yang telah diterbitkan.

Pada masa sama, Emelda juga menuntut permohonan maaf daripada Zarina dan ia perlu disiarkan di media cetak dan di laman facebook serta Instagram Zarina. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Emelda Rosemila

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend