Cerita ArtisHiburan

Enam Bulan Putus Cinta, Azira Shafinaz Kembali Ke Pangkuan Kekasih

Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz mengakui kini dia kembali menjalin ikatan dengan kekasihnya, Yasser Khan setelah percintaan mereka putus selama enam bulan.

Azira, 28, berkata, dia mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan kekasih setelah masing-masing mendapat semula persefahaman.

“Setiap hubungan itu pasti ada masalah, namun sepanjang tempoh kami putus itu, saya nampak kesungguhannya untuk memulihkan keadaan.

“Lagipun saya ni kalau bercinta dengan seseorang, saya memang akan fokus betul-betul. Sebab itulah hubungan kami berkekalan sehingga enam tahun,” ujarnya.

Azira berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran program raya terbitan Astro di sebuah hotel di ibu kota semalam.

Pada tahun lalu, Azira dan kekasihnya mengambil keputusan untuk berpisah, namun menafikan orang ketiga menjadi punca perpisahan mereka. Namun, kedua-duanya kembali bercinta pada bulan lalu.

Ujarnya, selain kesungguhan yang ditunjukkan, Azira menyatakan dia bersetuju untuk kembali bersama kerana melihat kekasihnya itu yang kini menjadi semakin matang dan sangat memahami dirinya.

“Saya akui memang memang memiliki ramai kawan lelaki, namun saya melihat dia seorang yang sangat berbeza. Misalnya, dia banyak memberikan saya nasihat untuk menjadi seorang yang lebih baik.

“Bagi saya sepanjang tempoh enam bulan itu juga adalah masa masing-masing dapat perbaiki diri. Alhamdulillah, semuanya boleh dibawa berbincang dan kami ambil keputusan untuk kembali bersama,” jelasnya.

Mengenai perancangan untuk berkahwin pula, Azira menyatakan buat masa ini dia mahu fokus terlebih dahulu kepada kerjayanya yang kini semakin meningkat naik.

“Dahulu saya sasarkan untuk berkahwin semasa berusia 25 tahun. Namun usia saya dah cecah 28 tahun. Jadi saya sasarkan agar dapat mendirikan rumah tangga dua tahun lagi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button