• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Enggan Tarik Diri, Khai Bahar Mahu Terus Dicalonkan Dalam AME

Pemenang anugerah Top Top MeleTOP (Lelaki) di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019), Khai Bahar menyatakan dia tidak berhasrat menarik diri daripada dicalonkan dalam acara anugerah tersebut.

Menurutnya, biarpun sudah dua tahun berturut-turut dia muncul sebagai pemenang untuk kategori tersebut, itu tidak bermakna dia harus menarik diri.

“Ini merupakan acara di mana peminat yang menentukan pemenangnya. Lagipun kalau saya ambil keputusan untuk tarik diri, pasti peminat akan marah.

“Kalau ada rezeki untuk dicalonkan lagi pada tahun hadapan, saya akan tetap bertanding kerana ini merupakan satu langkah untuk merapatkan ukhwah antara saya dan peminat,” jelasnya.

Dalam acara anugerah AME 2019 yang berlangsung semalam, Khai terus unggul untuk tahun kedua dengan memenangi kategori berkenaan. Malah, penyanyi lagu luluh itu juga muncul pemenang dalam kategori Penyanyi MeleTOP.

Sebelum ini, pemenang Anugerah Top Top MeleTOP (Wanita) pada tahun lalu iaitu Neelofa mengambil keputusan untuk menarik diri pada AME 2019 kerana mahu memberi ruang kepada artis lain.

Mengulas mengenai kemenangannya itu, penyanyi berkenaan menganggap ia bukan kemenangannya seorang sahaja tetapi ia juga kemenangan buat para peminatnya yang sudah menjalankan tanggungjawab untuk mengundinya.

“Apa yang saya boleh janji kepada peminat adalah saya akan perbaiki lagi segala kekurangan serta lakukan pembaharuan untuk saya terus kekal dalam industri ini.

“Dengan kemenangan yang diraih ini juga bukanlah satu bebanan buat diri saya, sebaliknya ia adalah satu bonus dan sumbangan daripada peminat yang menyokong kerjaya saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend