Cerita ArtisHiburan

Ezzaty Abdullah Menangis Dua Hari Dua Malam Gara-Gara Takut Buat Ujian Swab

Pelakon Ezzaty Abdullah mendedahkan perasaan takutnya apabila mahu menjalani ujian swab.

Menerusi perkongsian Instagram miliknya, pelakon itu menyatakan dia menangis selama dua hari dua malam akibat ketakutan tersebut.

“Ya Allah, tuhan je tau betapa nervous nye saya bila tau nak buat swab test. 2 hari 2 malam nangis sebab takut. Pagi tadi pun nangis lagi. saya memang jenis yang tak tahan sakit even amik darah dekat jari pun boleh nangis sakit.

“Tapi sebagai rakyat yang ingin bekerja dan akan jumpa ramai orang, saya perlu bertanggungjawab untuk buat swab test ni sebagai langkah berjaga-jaga dan memastikan saya tidak menyebarkan wabak covid kepada orang lain especially my family and coworkers,” tulisnya.

Ezzaty berkata, demi keselematan perasaan takut yang dialami itu harus diketepikan terlebih dahulu.

Jelasnya, ujian swab itu juga tidaklah sakit seperti yang difikirkannya sebelum itu.

“Trust me, memang tak sakit pun. Kalau saya jenis yang memang tak tahan sakit langsung ni pun cakap tak sakit, macam mana dengan korang?

“Alhamdulillah result dah dapat dan negatif! semoga kita semua dijauhi dari wabak Covid-19,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button