Cerita ArtisHiburan

Faizal Tahir Hubungi Peminat Yang Cuba Mahu Bunuh Diri

Gara-gara meletakkan nombor telefon peribadinya di Instastory dua bulan lalu, seorang peminat telah menghantar mesej kepada Faizal Tahir.

Ternyata ia bukanlah satu mesej yang biasa, sebaliknya ia merupakan pesanan seorang peminat wanita yang mahu membunuh diri gara-gara berada dalam tekanan hidup.

Rentetan daripada itu, penyanyi berkenaan lantas menghubungi peminat berkenaan menerusi panggilan video dan memberi kata-kata semangat terhadap wanita berkenaan.

“Sebenarnya tak dapat agak yang dia mengalami depresi dan pernah terfikir untuk bunuh diri. Mood dia tak ada masalah dan nampak ceria, cara dia bercakap pun seperti sedang melalui hari yang indah.

“Apa yang boleh dikatakan diwajahnya tidak nampak dia sedang alami depresi. Memang benar, kita sendiri tidak tahu melainkan orang itu sendiri yang bagitau,” kongsi Faizal.

Penyanyi lagu Bisa Aja itu berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi sebuah rakaman video yang telah dimuat naik di laman YouTube. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button