Cerita ArtisHiburan

Fathia Latiff Bertindak Padam Semua Gambar Di Instagram

Pelakon sensasi Fathia Latiff ternyata telah menimbulkan persoalan netizen apabila dia bertindak memadamkan semua gambarnya di laman sosial Instagram.

Setakat ini, pelakon berkenaan hanya memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dirinya tidak bertudung. Malah, Fathia juga menutup ruangan komen di gambar berkenaan.

Ternyata tindakan pelakon itu menimbulkan spekulasi ramai pihak yang beranggapan dia bakal mengikut jejak langkah Emma Maembong yang sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Dalam pada itu, Fathia menerusi Instagramnya menepis dakwaan tindakan yang dilakukannya itu adalah berpunca daripada depressi seperti yang dilaporkan sebuah blog.

Malah, pelakon itu juga menyatakan mahu menghantar surat saman kepada blog berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button