• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Fedtri Yahya Dedah Nama Anak Keempat Seindah Maksudnya

Pengacara dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya atau lebih mesra dengan panggilan Fedtri Yahya telah mendedahkan nama cahaya mata keempatnya yang lahir pada 6 Januari lalu.

Pengkosian tersebut telah dilakukan menerusi entri Instagram peribadinya semalam.

“Perkenalkan putera hamba, Ahmad Firaas Mevlana Bin Ahmad Fedtri. (Ketajaman akal fikir pujangga terbilang nan terpuji). Inspired by Mevlana Jalaluddin Al Rumi,” tulisnya.

Pendedahan tersebut sekaligus telah mendapat perhatian daripada netizen. Rata-rata pengikut di Instagramnya telah memuji nama yang diberikan beserta keindahan maksud tersebut menerusi ruangan komen.

“Alhamdulilah.. Dah agak unik namanya,” tulis salah seorang pengikut laman sosialnya.

Fedtri dan isteri, Ayanti Ismail mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Mei 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelumnya iaitu Indah Sutera, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, dan Indah Rauvda Inaara, 2. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend