Cerita ArtisHiburan

Fikry Ibrahim Rancang Mahu Catat Nama Dalam MBOR

Pelakon Fikry Ibrahim mengakui kini sedang aktif berlatih dalam sukan jetski sebagai langkah untuk mencatat nama dalam Malaysia Book Of Record (MBOR).

Fikry berkata, ketika ini dia beberapa rakan yang lain sedang dalam usaha mencipta rekod menunggang jetski dari Langkawi, Kedah hingga ke Kelantan dan patah balik ke Langkawi.

“Pada bulan Julai ini kami cuba untuk buat MBOR menunggang jetski dari Langkawi ke Kelantan dan patah balik semula ke Langkawi dengan jarak 3,000 kilometer.

“Mungkin kami akan ada berada di atas laut dalam tempoh 10 hingga 12 hari. Apa yang saya lakukan ini dengan matlamat bahawa saya sudah pernah melakukan suatu perkara yang sukar dan mencabar dalam hidup saya,” ujarnya.

Sementara itu, Fikry memberitahu bahawa selain masih aktif dalam lakonan, kini dia juga mahu memberi sepenuh tumpuan kepada perniagaan berasaskan aplikasi pesanan makanan Go Eat yang baru sahaja dilancarkan.

Menjelaskan lebih lanjut tentang Go Eat, pelakon itu menyatakan selain tempahan makanan daripada restoran, aplikasi berkenaan turut memberi tumpuan kepada masakan yang dibuat di rumah (home cook).

“Matlamat utama Go Eat adalah mahu membuka peluang kepada golongan muda menerusi pekerjaan yang ditawarkan dan sehingga kini kami sudah mempunyai 5,000 rider.

“Selain itu, ia akan memberi membantu golongan wanita terutama sekali ibu tunggal yang menjalankan perniagaan dari rumah. Menerusi aplikasi Go Eat, pelanggan boleh membuat pesanan makanan yang dimasak di rumah dan dihantar terus kepada mereka,” ujarnya.

Go Eat telah diasakan oleh Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman yang juga selaku Ketua Pegawai Eksekutif, manakala Fikry pula bertindak sebagai pengarah bersama.

Ujarnya, sebagai permulaan aplikasi ini bakal bermula di Cyberjaya untuk tempoh beberapa bulan dan akan menakluk seluruh kawasan Lembah Klang dan seluruh negeri.

“Idea untuk menghasilkan aplikasi ini tercetus setelah melihat ramai yang menjalankan perniagaan makanan dari rumah kurang berkembang, meskipun makanan yang dimasak rasanya sedap.

“Maka, dengan adanya platform ini mampu untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Apatah lagi, aplikasi ini dihasilkan 100 peratus oleh anak tempatan,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button