FilemTerkini

Filem Petaka Angkat Kisah Mengenai Keldai Dadah, Konflik Kekeluargaan

Isu mengenai keldai dadah bukan satu isu yang boleh dipandang ringan dan sudah ramai individu yang menjadi mangsa.

Sehubungan itu, Arie Zaharie Production Sdn. Bhd. mengambil pendekatan dengan menghasilkan sebuah filem berjudul Petaka yang mengangkat isu berkenaan, di sebalik paparan tentang konflik kekeluargaan.

Penerbitnya, Arie Zaharie berkata, filem ini diinspirasikan daripada kisah benar iaitu membabitkan pelakon utamanya sendiri, Azman Ahmad yang menjaga ibunya yang sakit.

“Sebelum ini Azman Ahmad yang merupakan seorang pelakon pernah berhenti seketika daripada dunia lakonan semata-mata mahu menjaga ibunya yang sakit selama tujuh tahun.

“Kemudia setelah berbincang dengan Azman, kami sepakat untuk menghasilkan filem ini. Cuma, jalan cerita mengenai keldai dadah ini adalah elemen komersial yang kami tampilkan.

Petaka mengisahkan kemiskinan hidup Sham selepas kematian ayahnya. Ibunya menderita sakit kaki, manakala adiknya Syikin tidak mampu ke sekolah kerana kekangan kewangan.

Kehidupan mereka berubah apabila Sham menerima tawaran bekerja sebagai pemandu lori di kedai perabot Haziq. Tugasnya hanya mengambil dan menghantar barangan perabot dari sempadan Thailand ke kedai perabot Haziq di Alor Star.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem berkenaan seperti Azman Ahmad, Jaja Iliyes, Wan Maimunah, Nabila Huda dan PU Azman.

Petaka akan ditayangkan di saluran Astro First pada bulan Disember ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button