FilemReview

Filem Seratus Tampil Dengan Keunikan Tersendiri, Babitkan Kemunculan 100 Pelakon Popular

Tajuk: Seratus
Tarikh Tayangan: 6 OKTOBER 2022
Genre: Aksi thriller
Pengarah: Feroz Kader
Pelakon: Sharul Kamal, Sara Ali, Wan Hanafi Su, Fauzi Nawawi, Marissa Yasmin

Untuk menghimpunkan sehingga 100 orang pelakon popular bukanlah satu perkara yang mudah, meskipun sekadar beberapa babak atau cameo sahaja.

Namun, filem Seratus terbitan kerjasama daripada FJ Pictures Sdn. Bhd. dan Unomedia Sdn. Bhd. ini membuktikan ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.

Antara pelakon yang membuat kemunculan adalah Alif Satar, Azlee Khairi, Amar Bahrin, Amyra Rosli, Amyza Adnan, Ashraf Muslim, Azri Iskandar dan Alvin Chong.

Selain itu, turut ditampilkan Adam Lee, Along Cham, Acong Sweetchild, Adam Shah, Alicia Amin, Adeline Tsen, Atiq Azman, Aman Graseka, Bront Palarae, Beto Kusyairi, Badrul Muhayat, Bell Ngasri, Bella Dally, Chef Nik Michael dan ramai lagi.

Filem arahan Feroz Kader ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Hafiz, yang mahu menyelamatkan ibunya diculik. Satu-satunya ‘klu’ atau panduan yang boleh membantu bagi menyelamatkan ibunya, ialah sekeping wang kertas RM100 yang ditinggalkan arwah bapanya.

Secara keseluruhannya, jalan cerita yang ditampilkan dalam filem ini agak mudah, tetapi ia tetap menarik untuk ditonton terutama buat mereka yang meminati filem bergenre aksi thriller.

Apapun, tarikan utama filem ini pastinya adalah penampilan 100 orang pelakon itu, selain memaparkan misteri sekeping duit RM100 dan bertepatan dengan tajuk ceritanya iaitu Seratus. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button