Cerita ArtisHiburan

Gabungan Unik Ustaz Kazim Elias Dengan Tuju, Tyco Menerusi Salawat 1442

Satu gabungan yang cukup unik apabila penceramah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) berkolaborasi dengan dua rappers iaitu Tuju K-Clique dan Tyco menerusi single Salawat 1442.

Pertama kali mengambil bahagian dalam proses rakaman lagu, Ustaz Kazim turut berkongsi, “Ramai yang tahu saya memang suka menyanyi ketika melaksanakan ceramah. Alhamdulillah, saya bersyukur dan hargai kepercayaan yang diberikan oleh Datuk Norman Abdul Halim untuk merakamkan sebuah lagu sempena Maulidur Rasul bersama dua ahli rap terkemuka iaitu,Tuju dan Tyco.

“Salawat 1442 ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda agar sentiasa bersikap positif dalam menempuh rona kehidupan. Tidak lupa juga, elemen rap yang diselitkan dalam lagu ini, bertujuan untuk membuatkan golongan anak muda lebih tertarik untuk mendalami maksud di sebalik sambutan Maulidur Rasul,” katanya.

Sementara itu, Tuju pula menceritakan lagu ini berbeza dengan mana-mana karya yang pernah dihasilkannya dan teruja untuk berkongsikannya dengan peminat.

“Pembikinan lirik lagu rap yang dinyanyikan oleh saya dalam lagu ini adalah sesuatu yang belum pernah saya luahkan lagi dalam mana-mana karya sebelum ini. Melalui Salawat 1442, saya berupaya untuk meluahkan perasaan saya dengan lebih jelas sekali gus berkongsi cerita tentang perjalanan hidup saya yang dulu hingga kini, dalam usaha saya menjadi Insan yang lebih baik.

“Saya memang sukakan sesuatu perkara yang baru dan mencabar. Dalam banyak-banyak penglibatan saya dalam menghasilkan muzik, ini adalah kali pertama saya memberanikan diri untuk tampil bukan hanya dalam muzik, malahan dalam kehidupan sebenar.

“Terima kasih Imaan Music kerana memberi peluang dan ruang untuk saya berkarya dalam lagu ini. Diharapkan mesej yang saya cuba untuk sampaikan dalam Salawat 1442 dapat difahami dan diterima oleh semua,” ujarnya.

Muzik video lirik lagu Salawat 1442 kini sudah boleh ditonton menerusi saluran Youtube Imaan Music. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button