Cerita ArtisHiburan

Guna Tulisan Jawi Dalam Klip Video, Naim Daniel Dapat Penghargaan DBP

Penyanyi yang juga juara Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34), Naim Daniel telah mendapat mendapat penghargaan istimewa daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

Perkara tersebut dikongsi oleh penyanyi berkenaan setelah penggunaan tulisan jawi dalam klip video terbaharunya iaitu Sembah.

“Allahuakhbar, satu penghargaan besar bagi saya dan @wp.entertainment. Terima kasih Dewan Bahasa Dan Pustaka (@dbpmalaysia) untuk penghargaan ini.

“Teruskan mendengar lagu terbaharu saya, Sembah! Di semua platform digital,” kongsinya dengan memuat naik gambar surat yang ditandatangani Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran.

Dalam pada itu, para peminatnya juga turut mengucapkan tahniah atas usaha yang dilakukan apabila telah memartabatkan tulisan jawi.

Semenjak dimuat naik di laman YouTube kira-kira dua minggu lalu, klip video Sembah sudah mencatat sebanyak 1.68 juta tontonan. – KopiPlanet.com

Krediti foto: Instagram Naim Daniel

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button