FilemReview

Hantu Bonceng 2.0 Kisah Seram Merungkai Misteri Kematian Sally

Tajuk: Hantu Bonceng 2.0
Tarikh Tayangan: 11 Februari 2020 (ASTRO FIRST)
Durasi: 110 minit
Genre: Komedi Seram
Pengarah: Datuk Yusry Abdul Halim
Pelakon: Zizan Razak, Shiha Zikir, Taiyuddin Bakar, Sangeeta Krishnasamy, Annuar Chew Abdullah, Atu Zero, Joey Daud

Ketika berpeluang lebih awal menonton filem Hantu Bonceng 2.0 sebelum ia mula ditayangkan di Astro First, apa yang bermain di fikiran adalah penulis akan dihidangkan dengan sebuah cerita yang sarat dengan elemen rempit, lumba motor dan ‘cikaro’.

Bagaimanapun, sandakan tersebut meleset sama sekali kerana filem terbaharu arahan Datuk Yusry Abdul Halim itu jauh berbeza dengan elemen dalam filem pertama arahan Dr Ahmad Idham dahulu.

Tiada aksi-aksi lumba motor di jalan raya untuk merebut cikaro, ternyata 90 peratus lokasi filem ini adalah di sebuah hotel lama yang penuh misteri.

Tiadanya elemen-elemen yang dinyatakan itu, Hantu Bonceng 2.0 lebih kepada kesinambungan watak yang dimainkan oleh Zizan Razak sebagai Amran dan rakan baiknya iaitu Kunyit yang dilakonkan Taiyuddin Bakar.

Hantu Bonceng 2.0 mengisahkan Amran dan Kunyit bersama rakan-rakan Mat Motor yang lain bercuti ke Fraser Hill, tetapi motor kunyit rosak ketika dalam perjalanan.

Kemunculan Ayu telah membawa Kunyit dan teman wanitanya, Maya serta Amran bermalam di sebuah hotel lama, manakala rakan-rakan yang lain meneruskan ke destinasi mereka.

Keadaan hotel tersebut agak misteri. Malah, pekerja-pekerja hotel juga mempunyai karakter yang mencurigakan. Menjelang malam, Amran dan Kunyit mengalami pelbagai peristiwa menyeramkan.

Amran juga turut bermimpi tentang seorang wanita bernama Sally yang seakan memberi petunjuk kepada Amran agar membantunya.

Secara keseluruhannya, penulis melihat Hantu Bonceng 2.0 ini merupakan sebuah nashkah yang menarik dan cukup menghiburkan dengan elemen komedi seram ditampilkan.

Cuma, di pertengahan cerita ini ia dilihat seperti sedikit meleret-leret, namun ia tidaklah mencacatkan jalan ceritanya.

Ternyata gandingan Zizan dan Taiyuddin masih lagi mantap seperti filem pertama serta kemunculan pelakon Shiha Zikir Annuar Chew Abdullah, Atu Zero, Joey Daud turut menghiburkan.

Malah, penulis sendiri juga tertarik dengan lakonan penyanyi Shiha Zikir sebagai Ayu yang mampu membawakan watak komedi dengan baik.

Secara kesimpulannya, Hantu Bonceng 2.0 merupakan sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton seisi keluarga.

Cuma penulis beranggapan supaya penonton tidak membanding-bandingkan dengan filem terdahulu kerana ia merupakan nashkah berbeza daripada dua orang pengarah berbeza. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button