• FOLLOW US
Event, Hiburan

Havoc Food Festival Bakal Dimeriahkan Dengan Kehadiran Artis Popular

Bagi penggemar makanan, Kuala Lumpur boleh dianggap sebagai syurga yang menyajikan kepelbagaian menu menarik untuk dicuba. Memahami perkara itu, Guam Teamwork Sdn Bhd mengambil inisiatif menganjurkan Havoc Food Festical yang akan berlangsung di Pekarangan Stadium Malawati, Shah Alam bermula 1 hingga 3 November ini.

Menariknya, festival ini turut akan disertai barisan artis popular seperti Bella Astillah, Ruhainies, Mawi, Achey, Nadia Brian, Fendy Bakry, Hafreez Adam, Elisya Sandha, Izzue Islam dan ramai lagi.

Wakil penganjur, Firdaus Nadzman berkata festival itu diadakan bagi menggalakkan pengusaha kecil dan usahawan muda tempatan memanfaatkan platform itu bagi mengetengahkan produk mereka secara meluas dan lebih dekat dengan pelanggan.

“Melihat potensi produk tempatan menempa nama yang lebih gah, penganjuran acara ini secara tidak langsung menaikkan lagi nama dan potensi usahawan tempatan untuk mengetengahkan produk mereka kepada pelangan dengan lebih meluas.

“Kemunculan ramai selebriti juga secara tidak langsung memberikan nilai tambah kepada penganjuran acara ini. Di samping menjamu selera, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan artis tempatan.

“Pengunjung juga berpeluang menikmati sajian hiburan menerusi konsert mini yang menampilkan nama popular, selain menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah menarik termasuk sebuah motosikal.

“Menyatukan perniagaan dan hiburan di baah satu bumbung, Havoc Food Festival menjanjikan pengalaman manis utnuk dikenang pengunjung menerusi pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan,” katanya.

Antara jenama makanan yang diusahakan anak tempatan seperti Jeruk Leleh, Sambal Che Nor, Fam Fries dan banyak lagi akan diniagakan pada acara yang menghimpunkan lebih 100 jenis makanan yang pastinya membuatkan pengunjung rambang mata. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend