Cerita ArtisHiburan

Hijjaz Beri Nafas Baru Lagu P.Ramlee Memuji Kemuliaan Rasulullah

Meraikan sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut esok, kumpulan Hijjaz tampil dengan lagu lama nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang telah diberi nafas baharu iaitu Tiada Kata Secantik Bahasa.

Lagu yang memuji kemuliaan junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu dinyanyikan Hijjaz bersama bintang Mentor musim ketujuh, Pasya dan duo hip hop Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Lagu versi baharu ini memaparkan lirik nukilan ahli kumpulan Hijjaz, Isman Nadim bersama-sama Kmy dan Luca.

“Idea untuk buat lagu Tiada Kata Secantik Bahasa 2020 ini sudah dua tahun apabila Hijjaz berada di Madinah membuat umrah, terdetik di hati adakah lagu daripada Tan Sri P. Ramlee kalau diubah kepada selawat Nabi, adakah peminat-peminat dapat menerima dengan kombinasi tiga genre berbeza iaitu rock, nasyid dan hip hop.

“Apabila pihak Universal Music berjumpa dan berbincang dengan kami, cadangan ini dapat dikemaskan dengan idea-idea yang memberansangkan.

“Kami berharap peminat dapat menerima kelainan yang cuba dibawa menerusi lagu ini,” kata Isman.

Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini sudah boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, iTunes, KKBox dan Deezer. Muzik video rasmi Tiada Kata Secantik Bahasa 2020 boleh dilayari di saluran Youtube Universal Music Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button