Cerita ArtisHiburan

Ibu Arwah Abam Sebak Lepas Tonton Filem Jodoh Syaitan

Setelah menonton filem komedi seram lakonan anakanya iaitu Jodoh Syaitan, ibu kepada pelawak arwah Abam Bocey iaitu Sabariah Arshad dilihat tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata malam tadi.

Sambil ditenangkan oleh pengarah filem berkenaan iaitu Ismail Bob Hasim, Sabariah seperti dapat merasakan arwah anaknya itu seperti berada di sisinya.

“Sepanjang menonton filem ini, saya seolah-olah seperti terbayang seperti dia ada sebelah makcik,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada pelakon itu juga turut menerima sumbangan daripada penerbit filem terbabit iaitu. DA Motion Media.

Pada masa sama, Sabariah turut berharap agar para peminat arwah Abam akan menyokong filem lakonan anaknya itu yang akan ditayangkan bermula pada 5 Mac ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penerbit kerana prihatin dengan kami. Meskipun kini arwah sudah tiada, mereka masih lagi ingat dan turut mengundang kami sekeluarga,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button