Cerita ArtisHiburan

Ijam Majid Buat Kerja Penghantaran Daging Bagi Tampung Kehidupan

Sepanjang berlakunya wabak Covid-19 sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP), ternyata ia turut memberi kesan kepada perjalanan karier anak seni.

Ini turut dilalui sendiri oleh pelakon dan penyanyi Ijam Majid yang mengakui kariernya terganggu sehingga terpaksa membuat pekerjaan lain bagi menampung kehidupan.

“Tidak dinafikan rezeki dalam bidang nyanyian turut terjejas apabila banyak tawaran untuk membuat persembahan nyanyian terpaksa dibatalkan penganjur.

“Saya perlu membuat kerja lain untuk tampung kehidupan dan sepanjang tempoh PKP, saya membuat perkhidmatan menghantar daging ke rumah sekirar Shah Alam dan Klang,” ujarnya.

Jelas Ijam, kini dia turut sibuk mengambil tempahan untuk lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha nanti.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan juga telah melancarkan single kedua berentak Pop Rock bertajuk Permainanmu baru-baru ini.

“Single ini mengisahkan tentang seorang kekasih yang meninggalkan pasangannya untuk mencari yang lebih sempurna, meskipun pasangannya itu sudah cukup sempurna.

“Permainanmu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Hery Sejagat dan ia sepatutnya dilancarkan pada Mac lalu, namun ia diterpaksa ditangguhkan kepada bulan Mei,” jelasnya.

Selain bergelar seorang penyanyi kira-kira tiga tahun lalu menerusi single pertama iaitu Pejuang Cinta, Ijam juga merupakan seorang pelakon sejak tahun 2007.

Antra drama-drama lakonannya seperti Kekasihku Seru, Tower 13, Juvana, Soffiya, Gemilang (TV3), Ujang & Acha (RTM) dan Lara Hati (TV9). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button