• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Ikatan Perkahwinan Fizo Omar, Mawar Karim Kini Akhirnya Terlerai

Setelah enam tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya bahtera perkahwinan pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim akhirnya musnah setelah masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah.

Fizo melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pagi ini dan turut dihadiri oleh bekas isterinya.

“Tak ada apa-apa cerita sensasi ataupun aib yang perlu pihak saya atau pihak Mawar. Kami bertemu dengan cara baik dan berpisah dengan cara baik atas izin Allah.

“Buat masa sekarang saya tak boleh bagi kenyataan terperinci. Cukup untuk saya katakan hari ini jodoh saya dan Mawar berakhir di sini dan saya percaya ini adalah takdir Allah,” ujarnya.

Menurut Fizo, baginya ia bukan satu pengakhiran dan ia satu permulaan yang baru kepada dirinya dan Mawar untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk membesar dan mendidik anak kami iaitu Wan Maryam.

Ujarnya, setakat ini hubungannya dengan Mawar serta keluarga berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan percaya selepas ini hubungan dia dan bekas isterinya lebih baik dan rapat.

“Tidak ada pergaduhan, perbalahan antara saya dan Mawar dan sehingga hari ini kami masih baik. Betul penceraian bukan satu benda yang baik, tetapi sekiranya takdir Allah kepada kita, bergantung kepada tindakan kita untuk menentukan hasilnya.

“Tindakan saya dan Mawar hari ini berharap berterusan positif kepada anak kami dan kepada seluruh masyarakat. Sekiranya takdir Allah, kita lalui dengan tenang dan sabar. Hikmah di sebalik kejadian ini kita ambil secara positif,” luahnya.

Sementara itu, Mawar pula berkata perasaannya ketika ini amat sedih, namun berharap ia merupakan satu pengorbanan yang besar buat dirinya dan keluarga.

“Saya reda dan pasrah apa yang terjadi ini pasti ada hikmah untuk masa depan saya. Saya tak boleh komen lebih kerana banyak pihak saya perlu jaga hati sebab saya takut apa yang saya kata mungkin di salah tafsir oleh orang luar.

“Sudah tentu sebagai seorang wanita akan cuba selamatkan rumah tangga, tetapi selama hampir enam tahun tempoh perkahwinan kami dah cuba. Mungkin sampai sini sahaja untuk saya cari keserasian Fizo dan keluarga,” jelasnya.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam yang kini memasuki usia dua tahun. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Fizo Omar

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend