Cerita ArtisHiburan

Ikatan Perkahwinan Sembilan Tahun Terlerai… Datuk Red, Adira Sah Bercerai Talak Satu

Perkahwinan antara usahawan popular, Datuk Red dengan penyanyi Adira Suhaimi hanya mampu bertahan selama sembilan tahun sahaja setelah sah bercerai talak satu pagi tadi.

Menerusi laporan portal mStar, lafaz berkenaan telah dilakukan oleh Datuk Red sendiri di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor.

“Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” lafaznya.

Menerusi laporan itu lagi, Datuk Red kelihatan sugul dan tertunduk sayu selepas melafazkan cerai manakala Adira pula kelihatan tenang.

Datuk Red hadir ke mahkamah ditemani peguam Muhammad Akmal Azman manakala Adira bersama peguamnya, Norman Saidah Zakaria.

Pada masa sama, Adira juga telah bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.

Pada 25 Oktober lalu, Adira memfailkan cerai terhadap bekas suaminya itu di mahkamah sama atas alasan tiada lagi persefahaman.

Sebagai rekod, Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan pada 1 April 2019 namun menarik bagi memberi peluang kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.

Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun. – KopiPlanet.com

Kredir Artikel: portal mStar

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button