Cerita ArtisHiburan

Individu Tuduh Dai Syed Terbabit Kes Rogol? Netizen Gesa Buat Laporan Polis Jika Ada Bukti

Seorang pendakwah yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail atau lebih dikenali sebagai Dai Syed telah dituduh terbabit dengan kes rogol.

Perkara tersebut mula tersebar di Twitter apabila ada seorang individu mendakwa rakannya telah dirogol pendakwah berkenaan.

“Sumpah rasa nak buat thread camne dai syed ni rogol member aku, bawak balik rumah dia. Mentang2 la member aku naif nak mampos,” tulis individu berkenaan.

Selain itu, dia juga turut menyertakan satu screenshoot pendedahan seorang lagi gadis yang hampir menjadi mangsa apabila pendakwah berkenaan cuba hendak menggatal dengannya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang membalas kenyataan berkenaan supaya tidak membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

Malah, mereka juga menyarankan supaya individu berkenaan membuat laporan polis sekiranya mempunyai bukti kukuh terhadap tuduhan yang dibuat. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Dai Syed

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
3
+1
8
+1
7
+1
21

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button