Cerita ArtisHiburan

Issey Umum Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 22 Disember Ini

Penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham membuat kejutan apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman dudanya apabila bakal mendirikan rumah tangga pada 22 Disember ini dengan seorang ibu tunggal.

Perkara tersebut telah dinyatakan sendiri olehnya menerusi satu video yang telah dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya pada pagi ini.

“Saya akan menamatkan zaman duda pada 22 Disember 2019. Saya akan melangsungkan akad nikah di Kelantan pada tarikh itu dengan seorang kenalan lama yang sudah lama saya kenal dari zaman sekolah lagi.

“Beliau merupakan seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak dan bekerja sebagai HR manager di sebuah company. Beliau dah kematian suami dua tahun lepas,” ujarnya menerusi video berkenaan.

Issey berkata, perkara tersebut sudah lama dirancangkannya dan meminta maaf kerana terpaksa menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

“Saya berharap semuanya akan berjalan dengan lancar akan update lagi dari masa ke semasa. Terima kasih,” ujarnya.

Sebelum ini Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Issey Fazlisham

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button