Cerita ArtisHiburan

Isteri & Anak Viral Di TikTok, Yassin Senario Dedah Sudah 11 Tahun Berkahwin, Akui Risau Ahli Keluarganya Mula Jadi Perhatian

Baru-baru ini pelawak popular Yassin Senario menjadi sebutan apabila sebuah video TikTok yang menampilkan isteri dan anaknya menjadi viral.

Tidak pernah mendedahkan mengenai perihal rumah tangganya kepada umum, Yassin mengakui dia sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.

“Sebenarnya saya dah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 bersama isteri Farah Waheeda Maharidan dan telah dikurniakan cahaya Puteri Aulia Zawarda yang kini berusia lima tahun.

“Apabila ramai yang dah tahu tentang keluarga saya, isteri pun dah mula memahami. Lagipun saya sendiri yang memang tak nak expose mereka sehinggalah menyertai Gegar Vaganza 8 (GV8), barulah saya rasa sudah tiba masanya untuk dedahkan tentang keluarga kepada umum,” ujarnya.

Yassin berkata demikian ketika sesi pratonton bersama filem Nasi Lemak 1.0 arahan Namewee yang berlangsung semalam.

Dalam pada itu, Yassin mengakui dia ada berasa sedikit risau apabila isteri dan anaknya kini mula menjadi perhatian tumpuan umum.

Bagaimanapun, pelawak berkenaan menyatakan dia akan cuba mengawal situasi berkenaan dengan tidak terlalu kerap mendedahkan perihal anak dan isterinya.

“Sebelum ini pun saya tak bercerita tentang keluarga kerana mahu lebih dikenali sebab kerjaya. Malah, karektor saya di rumah pun tak seperti apa yang orang tengok di luar.

“Apabila saya berkahwin dulu, saya tak pernah umumkan. Kalau ada yang nak tahu pun, boleh datang jumpa dan saya akan jelaskan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
82
+1
10
+1
11
+1
42
+1
7
+1
16
+1
11

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button