Cerita ArtisHiburan

Isu Lagu: Fitri Haris Terpaksa Menyendiri Untuk Tenangkan Fikiran

Juara Gema Gegar Vaganza, Fitri Haris mengakui terpaksa mengambil keputusan untuk menyendiri buat seketika di rumahnya di Johor.

Fitri berkata, tindakan tersebut dibuat kerana berasa sangat terkejut dengan perbalahan yang berlaku antara dirinya dan kumpulan UNIC berhubung isu lagu.

“Lepas perkara tersebut ditimbulkan, saya menggeletar kerana langsung tidak menyangka. Pada mulanya saya anggap ia sebagai gurauan sahaja.

“Sehinggakan saya batalkan dua program serta meminta cuti daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan memberitahu kepada dekan yang saya memerlukan masa memandangkan isu ini timbul secara tiba-tiba,” ujarnya yang juga merupakan seorang tenaga pengajar di universiti berkenaan.

Sebelum ini, timbul isu apabila penyanyi berkenaan disifatkan sebagai tidak menghormati ahli kumpulan itu selepas dia dikatakan masih menyanyi lagu-lagu nyanyian kumpulan itu dalam persembahannya.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara berkenaan, Fitri menjelaskan kini dia hanya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusannya untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Tidak dinafikan semua orang pernah buat silap dan saya sendiri pun ada buat kesilapan. Jadi, sekarang ini saya mahu teruskan kehidupan seperti biasa dan selebihnya terserah kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikannya.

“Kalau diikutkan saya memang tidak mahu cari gaduh dengan sesiapa dan saya pun tiada masalah dengan mereka (UNIC). Kalau mereka rasa saya ada masalah dengan mereka, saya tidak boleh nak cakap apa-apa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fitri menyatakan doa dan harapannya agar UNIC akan terus berjaya dan jangan putus asa untuk terus memartabatkan industri hiburan nasyid negara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button