Cerita ArtisHiburan

“Itu Program Rakaman Yang Telah Kami Rakam Lebih Kurang Dua Minggu Lepas” – Jihan Muse

Pengacara popular Jihan Muse tampil membuat kenyataan apabila ramai yang tertanya-tanya mengenai kemunculannya dalam program Gegar Vaganza 7 (GV7) malam ini.

Ini berikutan pengacara berkenaan dikatakan ada kontak rapat dengan Alif Satar yang kini disahkan positif Covid-19 menerusi sebuah program baru-baru ini yang disiarkan di saluran YouTube dan Facebook sebuah jenama kereta.

“Kepada ada yang bertanya, saya akan buat sedikit penjelasan. Dengan keadaan Alif Satar sekarang, yang buat Mitsubishi Xpander tu ditayangkan semalam, tetapi itu sebenarnya program rakaman yang telah kami rakam lebih kurang dua minggu lepas.

“So saya dah berhubung dengan manager Alif, pihak-pihak terlibat dalam lingkungan waktu yang dikaitkan. Kita tetap doakan semoga Alif cepat sihat dan juga orang di sekeliling dia,” ujar Johan menerusi perkongsian di Insta Stories.

Dalam pada itu, Jihan menjelaskan bahawa dia akan menjalani swab test sebaik tamat GV7 atau pada keesokan harinya.

Ujarnya, dia perlu meneruskan tugas sebagai pengacara GV7 seperti biasa dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Jihan Muse

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button