Cerita ArtisHiburan

Jaja Ishak Tak Masuk Campur Urusan Peribadi Artis, Mahu Ambil Pelakon Yang Mampu Beri Komitmen

Penerbit drama popular, Jaja Ishak menyatakan dia tidak mahu mencampuri sebarang urusan peribadi melibatkan artis yang berlakon dengan syarikat produksi miliknya.

Jaja berkata, apa yang lebih penting adalah tugasnya sebagai penerbit untuk menyiapkan kandungan untuk memenuhi keperluan stesen televisyen.

“Terpulanglah kalau pelakon tu nak bercinta kat dalam atau luar set ke. Saya sebagai penerbit tak mahu pening pasal peribadi pelakon lain.

“Lagipun saya ada tanggungjawab yang lebih besar untuk memastikan kerja-kerja produksi saya berjalan lancar tanpa memikirkan hal-hal lain,” ujarnya.

Jaja berkata demikian ketika mengulas mengenai beberapa pelakon yang terpalit dengan kontroversi, termasuk membabitkan kes hubungan pelakon wanita bersama suami orang.

Pada masa sama, penerbit itu juga menyatakan dia lebih selesa untuk memilih pelakon-pelakon yang mampu memberikan komitmen terhadap kerja.

Malah, dia juga tidak mengharapkan seseorang pelakon yang berhadapan dengan kontroversi kerana percaya ia bukanlah satu cara yang berkesan untuk menaikan rating sesebuah drama.

“Saya lebih menitikberatkan kepada pelakon yang dapat memberikan komitmen berbanding yang ada kontroversi, meskipun ada segelintir yang percaya elemen sebegitu boleh naikkan rating.

“Asalkan tak memeningkan kepala dan tidak melakukan perkara yang boleh melanggar undang-undang, saya tak ada masalah untuk ambil seseorang pelakon itu lagi pada masa akan datang,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button