FilemTerkini

Janet – Sumpahan Terlarang Angkat Kisah Mengenai Hantu Yang Popular Dalam Kalangan Masyarakat Sarawak

Boleh dikatakan filem-filem bergenre seram antara yang sering mendapat perhatian dan begiet digemari penonton di negara ini.

Sehubungan itu, syarikat Kaya Kenyalang Sdn. Bhd. mengambil peluamh dengan menghasilkan sebuah filem seram berjudul Janet – Sumpahan Terlarang.

Penerbit Eksekutif, Hana Hussain berkata, ia sebuah naskah yang diambil dari kisah legenda cukup popular dalam kalangan masyarakat Sarawak.

“Kisah legenda Hantu Janet sememangnya popular pada tahun 70-an dan 80an dan terdapat pelbagai versi di mana antara yang paling popular adalah kisah Janet yang dikatakan menjadi mangsa korban bagi pembinaan Jambatan Satok di Kuching.

“Bagi saya filem ini perlu ditonton terutamanya bagi masyarakat Sarawak kerana pelbagai aspek diterapkan seperti dendam, sejarah, hubungan kekeluargaan, cinta dan pastinya unsur seram,” jelasnya.

Ujar Hana, bagi memastikan filem berkenaan diterima baik oleh penonton, kisah asalnya tidak ditukar dan penggunaan dialek Sarawak bagi setiap pelakon dititikberatkan.

Jelasnya, filem itu juga menampilkan beberapa pelakon yang berasal dari Sarawak bagi melancarkan pertuturan dalam dialek Sarawak.

Diterbitkan oleh Kaya Kenyalang Sdn Bhd dan diedarkan oleh United Studios Sdn Bhd, ia diarahkan oleh Mohd Azhar Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Apache serta menampilkan barisan pelakon popular seperti Ropie, Ifa Raziah, Esma Daniel, Natasya Charmaine, Aliff Hadi, Safar Ghafar, Bulan Terry dan Carissa Azhar.

Menceritakan lebih lanjut tentang pembikinan filem tersebut, Apache selaku pengarah memberitahu filem tersebut sepatutnya menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar Kuching, Sarawak pada tahun lalu.

Bagaimanapun, demi menjaga SOP dan keselamatan kru dan pelakon, hampir ke semua penggambaran dijalankan di Janda Baik, Pahang dengan kos sebanyak RM500,000.

“Biarpun sudah berpengalaman selama hampir 30 tahun dalam bidang penerbitan drama, ini adalah naskah filem pertama saya.

“Apapun ia telah dapat disempurnakan dalam keadaan yang sangat mencabar, baik dari segi kekangan waktu selain SOP yang ketat semasa pembikinan filem ini,” ujarnya.
 
Filem Janet – Sumpahan Terlarang bakal ditayangkan mulai 19 Ogos ini di saluran Astro First Saluran 480. – KopiPlanet.com

*Sinopsis

Julia, seorang gadis di awal usia 30-an berasal yang periang dan sangat menyayangi keluarganya. berkawan rapat dengan Farid serta merancang untuk berkahwin dan datang ke semenanjung untuk bekerja lalu berkenalan dengan keluarga Farid yang mempunyai kisah silam yang penuh tragedi di Sarawak. Julia disambut oleh Pak Adam (ayah Farid), Pak Leman (adik Pak Adam), Erwin (adik Pak Adam), Aleesa (anak angkat Pak Adam) dan Camelia (isteri Erwin).

Apabila Julia memasuki bilik tinggalan arwah isteri Pak Adam iaitu ibu Farid, dia telah memakai cucuk sanggul yang telah disumpah. Sanggul berkenaan telah dipakai oleh hantu Janet yang telah dibunuh Pak Adam yang mempunyai hubungan sulit bersama Janet. Bermula titik hitam apabila hantu Janet menuntut bela dan membunuh seorang demi seorang. Julia dan Farid pula menjadi bingung kerana menjadi mangsa keadaan dek dosa lama Pak Adam.

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button