Cerita ArtisHiburan

“Jangan Marah Nabil…” – Raisa Beri Penjelasan Tentang Dirinya Lebih Selesa Berbahasa Inggeris Ketika Beri Komen Di GV9

Penyanyi popular Indonesia, Raisa memaklumkan dia lebih selesa berbahasa bahasa Inggeris sewaktu menjadi juri di konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 9 (GV9) pada Ahad lalu. 

Raisa atau pemilik nama sebenar Raisa Andriana berkata, dia bimbang sekiranya komennya yang menggunakan bahasa Indonesia ketika memberi komen kepada peserta GV9 memberi maksud yang salah.

“Adakalanya terdapat beberapa maksud perkataan bahasa Indonesia  berbeza dengan bahasa Malaysia. Jadi, saya takut kalau beri komen dalam bahasa Indonesia, mungkin akan ada kurang tepat untuk saya sampaikan sehingga akan jadi salah faham. 

“Ketika itu saya fikir kalau bercakap dalam bahasa Inggeris mungkin akan lebih tepat. Kemudian pihak produksi ada beritahu pada saya supaya bercakap sahaja dalam bahasa Indonesia,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Mantan Terindah itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Raisa Live In Kuala Lumpur yang berlangsung semalam.

Baru-baru ini, pengacara GV9 iaitu Nabil Ahmad mendapat kecaman setelah dilihat seperti mengajuk Raisa bercakap dalam bahasa Inggeris ketika memberi komen.

Sementara itu, mengulas mengenai perkara berkenaan, Raisa menyatakan dia tidak terasa hati atau mengambil serius dengan usikan Nabil.

“Kalau boleh jangan marah Nabil. Saya ada bertemu dengannya di konti radio Era FM pada keesokan hari (Isnin) tapi saya sendiri tak ingat apa yang terjadi sebab Nabil cakap terlalu cepat,” jelasnya. 

Dalam pada itu, bercerita lebih lanjut mengenai konsertnya di Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 20 November ini, Raisa akui teruja dan gembira untuk menghiburkan peminat di negara ini.

“Sebelum ini saya pernah datang ke Kuala Lumpur pada tujuh tahun lalu kerana ada ahli keluarga yang tinggi di negara ini. 

“Namun begitu,  ini merupakan pertama kali saya buat konsert di Kuala Lumpur. Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk menyanyi di hadapan peminat,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button