Cerita ArtisHiburan

“Jangan Terus Menghukum, Itu Dugaan Untuk Diri Dia” – Che Ta

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta berpandangan bahawa setiap individu tidak perlu terus menghukum seseorang yang secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Che ta berkata, berkenaan dengan keputusan untuk mengubah penampilan dengan bertudung, ia perlu dilihat kepada niat sama ada dibuat secara ikhlas, fesyen atau desakan orang sekeliling.

“Seperti yang kita maklum, sebagai wanita Islam bertudung itu hukumnya wajib. Cuma kalau ada yang tiba-tiba bertindak sebaliknya, janganlah kita cepat-cepat terus menghukum.

“Pada saya itu adalah dugaan untuk diri dia dan kita sendiri tidak tahu macam mana pula dugaan yang kita terima. Sepatutnya kita perlu sentiasa berdoa supaya Allah beri dia hidayah dan rahmat,” ujarnya.

Che Ta berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan beberapa orang artis yang kini tidak lagi berhijab sehingga dikritik netizen.

Dalam pada itu, Che Ta memberitahu untuk kekal istiqamah dengan penampilannya sekarang ini, dia lebih banyak bergaul dengan lingkungan rakan-rakan yang sama sepertinya.

Ujarnya, dia juga sangat beruntung kerana kesemua adik-beradik wanitanya sekarang ini sememangnya sudah berhijab dan sering berbincang mengenai soal agama.

“Selama saya bertudung ini apa yang pernah saya sesalkan adalah kenapa saya lambat ambil keputusan untuk bertudung sebab saya tahu perkara itu wajib.

“Bagaimanapun apa yang saya katakan ini adalah untuk diri sendiri dan bukanlah mahu mengadili orang lain. Siapalah saya nak mengadili orang sedangkan rahmat Allah pun kita tak tahu Dia nak beri pada siapa,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button