PopularViral

Jatuh Ketika Sedang Menunggang Kuda Dalam Keadaan Hamil, Video Pengasas Produk Secret Correa Jadi Viral

Baru-baru telah viral video seorang wanita yang telah terjatuh ketika sedang menunggang kuda, namun apa yang lebih menarik perhatian apabila wanita itu kini sedang hamil.

Ternyata wanita yang dimaksudkan adalah Nor Azila Mohamad Azmi atau lebih dikenali sebagai Cik Puan Azila yang juga pengasas produk Secret Correa.

Menurut Cik Puan Azila, dia amat terkejut apabila videonya itu telah menjadi viral di laman sosial Twitter.

“Bertubi-tubi panggilan telefon dari keluarga dan kawan-kawan yang concern keadaan saya. Memang saya faham kerana mungkin sebab saya tengah sarat mengandung tujuh bulan, sebab tu ramai yang risaukan keadaan saya.

“Alhamdulillah saya okay je tak ada yg serius so far. Syukur kpd Allah SWT. Masa dapat tahu video saya viral, sempatlah tengok perbualan dekat Twitter,” ujarnya.

Menurut beliau, kali pertama mendapat kecaman netizen, dia akui memang tidak terhadam membaca komen-komen netizen.

“Ada yang kata sendiri cari pasal sendiri tanggunglah, cari penyakit dan macam-macam lagilah. Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat. Mental fizikal orang bisnes kena kuat!

“Bagi yang bagi kata-kata semangat dan mendoakan kandungan saya selamat. Alhamdulillah. Paling yang saya suka ada yang ingat saya tak pregnant sebab ada yang kata badan kecik,” ujarnya.

Jelasnya, menunggang kuda ketika hamil sebenarnya bukanlah tidak dibenarkan, tetapi perlu lebih berhati-hati.

“Macam dalam video tu sebenarnya saya override saja, tetapi berlaku sedikit kesilapan teknikal hingga tergelincir.

“Setakat pusing-pusing joy ride tak apa, melainkan trot@canter dalam arena memanglah tak sesuai dalam keadaan sarat macam ni,” katanya.

Ujarnya lagi, dia sememangnya seorang penunggang kuda yang aktif dan memiliki seekor kuda bernama White Rose.

Menurutnya, dia sudah beberapa bulan tidak bertemu dengan kuda belaannya itu.

“Sebanarnya dah lama tak jumpa dia. Rose ibarat anak saya dan memang rindu juga sebab berbulan jugak lah tidak menjenguknya.

“Saya sengaja nak melawat dia sebelum bersalin. Tuan kuda dengan kuda kena ada bonding. Sekali-sekala kena datang tanya khabar,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
6
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button