Cerita ArtisHiburan

Joanna and Co. Tampil Dengan Kini Ku Sepi… Kisah Gadis Ditinggalkan Kekasih

Setelah membuat kemunculan semula pada tahun lalu dengan single Go Ahead, band Pop Indie Alternative iaitu Joanna and Co. yang dianggotai oleh Joanna Renisa (vokal), Ijam (gitar), Kusha (Bass) dan Farid Hashimoto (drums) melancarkan single terbaharu mereka yang berjudul Kini Ku Sepi.

Joanna and Co. yang tidak asing dalam industri muzik Malaysia pernah popular dengan lagu hit mereka seperti Aku Pelangi, Lutsinar dan sebuah lagu duet bersama Aliff Aziz berjudul Kalau Cinta.

Kini mereka mempertaruhkan single terbaharu Kini Ku Sepi yang membawa genre 80’s Pop Vibe dalam usaha mengembalikan aura yang pernah dipelopori oleh Datuk Sheila Majid dan Francesca Peter yang sememangnya menjadi inspirasi Joanna and Co. dalam penulisan muzik mereka. Bahkan ramai pendengar memberi respon mengatakan lagu Kini Ku Sepi mirip lagu Dato Sheila Majid dengan nuansa Pop Moden.

Bercerita tentang Kini Ku Sepi yang mengisahkan seorang gadis yang kecewa ditinggalkan kekasih tetapi masih bersikap positif dengan ketentuanNya.

Joanna Renisa selaku vokalis dan penulis lagu ini berkata Kini Ku Sepi mula dicipta sebagai sebuah lagu berentak R&B pada 20 tahun dahulu dan beliau merasakan tahun 2020 adalah tahun yang terbaik untuk lagu ini dikeluarkan.

Lagu berkenaan turut menerima sentuhan kolaborasi beberapa musisi tanah air seperti Ayop Azril, Juad dari band Robot Asmara, Farin Irwan dari band Gerhana Ska Cinta yang menyumbangkan sentuhan magis melalui saxophone beliau.

Sementara itu, Widy dari Gerhana Ska Cinta dan Jipie dari band PESAWAT turut membantu dari pengolahan semula melodi dan harmoni vokal.

Kini Ku Sepi telah diadun oleh Hafiz Ahmad seorang jurutera bunyi yang tidak asing dari zaman Synchrosound Studio hingga ke Tune Studio manakala proses mastering diadun oleh Leon Zervos seorang jurutera mastering Internasional yang telah berkerja dengan artis terkenal seperti Maroon 5, Rihanna dan Pink.

Muzik video Kini Ku Sepi telah pun dilancarkan pada 14 Mac 2020 yang lalu dan kini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Muzik video tersebut boleh ditonton di pautan https://bit.ly/kinikusepi Lagu ini akan dilancarkan di semua platform digital seperti Spotify, JOOX, Apple Music, Deezer dan Youtube Music pada 3 April 2020 (https://bit.ly/jnckinikusepi) manakala album fizikal dalam bentuk CD dan Vinyl bakal dilancarkan pada tahun ini selepas redanya wabak Covid-19. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button