• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Kajol Dedah Ayahnya Pernah Berhasrat Letak Namanya Mercedes

Pelakon Bollywood terkenal, Kajol Mukherjee mendedahkan bahawa semasa kelahirannya dulu, nama ‘Kajol’ bukanlah menjadi pilihan utama ayahnya.

Dalam satu wawancara baru-baru ini, pelakon yang sering digandingkan dengan Shah Rukh Khan itu menceritakan kisah kehidupannya sewaktu kecil, termasuk nama yang diberikan oleh ayahnya, Shomu Mukherjee.

“Ayah saya sebenarnya ingin meletakkan nama saya ‘Mercedes’ kerana dia sangat menyukai nama berkenaan. Menurutnya, pemilik perusahaan kereta Mercedes pun memilih nama anak perempuannya sebagai jenama kereta itu.

“Jadi, ayah selalu berfikir sekiranya pemilik jenama kereta tersebut boleh meletakkan nama anaknya Mercedes, kenapa pula dia tidak boleh,” ujar Kajol.

Pelakon itu juga menyatakan bahawa ibu dan ayahnya selalu bertengkar mengenai nama tersebut. Ibunya, Tanuja adalah individu yang menolak untuk memberi nama Mercedes kepada dirinya.

Dalam pada itu, Kajol juga menceritakan yang dia merupakan seorang anak yang terlalu menghormati kedua-dua orang tuanya, teruma sekali kepada ibunya.

“Anda harus bertanya kepada ibu saya tentang perkara ini, namun saya fikir saya adalah anak yang sangat baik dan tidak sesekali menjawab apa yang dikatakan oleh ibu.

“Sememangnya saya sangat takut kepada ibu dan saya tidak memiliki keberanian untuk bercakap bersama ibu saya dengan suara tinggi,” kata Kajol. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend