Cerita ArtisHiburan

“Kalau Ada Masalah, Selesaikan Secara Dalaman” – Tauke Jambu

Pelawak terkenal, Tauke Jambu menyatakan penyelesaian secara dalaman perlu dilakukan sekiranya berlaku permasalahan dalam rumah tangga.

Menurut Tauke, apabila timbulnya sebarang permasalahan, adalah tidak wajar untuk menyebarkannya sehingga menjadi pengetahuan ramai.

“Dalam hubungan berumah tangga, setiap masalah haruslah diselesaikan secara dalaman iaitu pasangan suami isteri itu sendiri.

“Kita pun tidak perlu dengan bisikan negatif pihak luar yang boleh membuatkan sesuatu permasalahan itu menjadi semakin parah, biarpun ia masalah yang kecil sahaja,” jelasnya.

Sebelum ini, rumah tangga Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria bersama isterinya Nadia pernah dilanda masalah awal tahun lalu, namun kini kedua-duanya dilihat kembali menjalani kehidupan yang bahagia.

Menurut Tauke, dia menyedari bahawa selalu nya isu kontroversi melibatkan dirinya timbul ketika terbabit dengan pertandingan Maharaja Lawak.

Mengakui agak tertekan dengan kontroversi yang muncul, Tauke menjelaskan pengalaman yang ada banyak membantu dirinya untuk berada dalam keadaan tenang.

“Memang masalah itu timbul saat-saat ketika saya berusaha keras mencari ilham untuk persembahan. Namun, saya anggap itu semua adalah ujian daripada Allah.

“Pengajaran yang saya dapat pula adalah selalu berbuat baik dengan orang lain. Bagi yang suka menjaja cerita dan menghasut pula, ingatlah Tuhan. Kalau ada apa-apa tu eloklah jumpa berhadapan berbanding mengata di belakang,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button