• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

“Kalau Berada Di Tempat Zamani, Saya Akan Teruskan” – Azharina

Juara Gegar Vaganza 3 (GV 3), Azharina Azhar menyatakan dia akan tetap meneruskan perjuangan sekiranya mengalami situasi yang sama dengan Zamani.

Azharina berkata, dalam situasi berkenaan apa yang lebih penting adalah mencari jalan supaya dapat segera sembuh daripada penyakit yang dialami.

“Bagi saya ini adalah satu peluang yang tidak harus dilepaskan. Kalau zaman saya bertanding dulu, memang tiada imuniti yang diberikan kepada para peserta.

“Jadi, kalau saya berada dalam situasi seperti Zamani sekarang, saya akan segera dapatkan rawatan yang terbaik. Selain itu, sentiasa berdoa kepada Allah supaya dijauhkan daripada perkara yang tidak elok,” jelasnya.

Azharina berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran single terbaharu dan muzik video Lakar Janji yang berlangsung semalam.

Dalam saingan minggu kelima GV 5 pada Ahad lalu, Zamani tidak dapat membuat persembahan gara-gara mengalami masalah kesihatan sehingga tersingkir, namun diberi peluang menerusi imuniti oleh Datuk Aliff Syukri selaku penaja.

Bagaimanapun, ada segelintir yang mahu Zamani supaya tidak meneruskan saingan di GV 5 serta mempertikaikan imuniti yang diberikan dan terdapat peminat yang ingin penyanyi berkenaan terus berada di pentas GV 5.

Dalam pada itu, Azharina meluahkan bahawa sebagai seorang peminat dan rakan artis sememangnya dia begitu simpati dengan apa yang berlaku terhadap Zamani.

“Sejujurnya, saya ada memberitahu kepada pengurus Zamani bahawa kalau hendak sertai pertandingan sebegini mental dan fizikal kena kuat. Saya katakan ini berdasarkan pengalaman yang sudah dilalui sebelum ini.

“Namun, semua yang berlaku ini adalah adat bertanding dan ia adalah perkara normal. Saya akui dugaan menyertai Gegar Vaganza memang hebat dan hanya yang pernah sertai sahaja yang tahu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend